Thursday, 13 December 2018

Peranan Ibu bapa dalam mendidik anak-anak.




          Pada era yang moden ini, dunia juga berubah mengikut peredaran zaman dan masa. Kini zaman kanak-kanak tidaklah seperti dahulu yang lebihkan kepada suasana kampung. Hal ini demikian kerana ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka bagi memastikan anak-anak mereka dalam kawalan yang baik. Zaman ini juga kanak-kanak sering didedahkan dengan media sosial. Golongan remaja ini juga harus dibendung kerana mereka inilah yang bakal menjadi pemimpin negara pada suatu hari nanti.


          Antara peranan ibu bapa adalah meluangkan masa yang lebih kepada anak-anak supaya mereka ini tidak merasakan diri mereka disisihkan. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga abaikan anak-anak. Hal ini boleh dikatakan, ibu bapa seharusnya memberi pendidikan yang sewajarnya kepada mereka dengan menghantar mereka ke kelas tambahan. Ini sedikit sebanyak dapat memberi pendidikan yang terbaik kepada mereka.


          Selain itu, peranan ibu bapa adalah dengan mengawasi pergerakan mereka. Dengan perlakuan sebegini mereka tidak berani untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai tamsilan, ibu bapa seharusnya bertanya kemana mereka hendak pergi. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu menghadkan penggunaan telefon pintar terhadap anak-anak supaya mereka tidak salah guna telefon pintar.


          Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah memberi didikan agama yang secukupnya kepada mereka kerana didikan agama ini dapat membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini sememangnya perlu dititik beratkan sekiranya tidak diambil serius anak-anak mungkin akan teperdaya dengan dunia sosial.
         


       

No comments:

Post a Comment