Wednesday, 12 December 2018
Kuasa Media Sosial
Pada era yang moden ini, kuasa media sosial sering mendapat perhatian dari pelbagai pihak mahupun kerajaan atau swasta. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa aspek penting dalam media sosial ini yang membuatkan orang ramai menggunakannya. Antara aplikasi yang sering digunakan oleh orang ramai adalah instagram, whatsapp, facebook, dan pelbagai lagi.
Terdapat beberapa kebaikan menggunkan media sosial ini, antaranya adalah alat membantu pendidikan. hal ini boleh menyebabkan golongan kanak-kanak dapat mengumpul segala maklumat dengan mudah. para pelajar hanya perlu mengakses sahaja untuk mendapat info yang terbaik berkaitan dengan pembelajaran.
Selain daripada itu, kuasa media sosial ini juga sering digunakan oleh para usahawan bagi mempromosikan barangan mereka supaya dapat menembusi pasaran global. hal ini jelaslah bahawa, kuasa media sosial ini dapat melakukan perniagaan secara langsung atau tidak langsung. justeru itu, ianya sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada masyarakat yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Seterusnya adalah, dengan adanya media sosial ini juga masyarakat dapat mengetahui info semasa berkaitan negara mahupun luar negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kuasa viral ini sedikit sebanyak memberi kesan baik kepada orang ramai dimana apabila berlakunya pencurian, dengan kuasa viral kita lebih mudah ataupun cepat mengenal pasti individu tersebut.
Selanjutnya, dikala kebaikan media sosial akan ada juga keburukan. antara keburukan yang boleh dikatakan disini adalah ianya dapat melalaikan seseorang. Perkara ini sudah terbukti dalam diri saya sendiri dimana sya sering lalai dalam menyiapkan tugasan seharian saya akibat media sosial.
Akhir sekali adalah, kuasa media sosial ini juga dapat menimbulkan fitnah yang berleluasa. hal ini memberi kesan buruk kepada generasi yang akan datang. justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa besar sama-samalah kita menjaga antara satu sama lain bagi memastikan negara kita aman dan makmur lagi diberkati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment