Wednesday, 12 December 2018

Langkah-langkah meningkatkan kemahiran berbahasa seseorang.




         Antara langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa seseorang hingga ke peringkat Bahasa Melayu Tinggi adalah pihak kerajaan perlu memperkukuhkan lagi sistem pembelajaran di sekolah-sekolah diseluruh Malaysia. Hal ini kerana, sistem pembelajaran di sekolah adalah faktor yang amat penting dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah. Lantas, sekolah memiliki salah satu peranan penting dalam menyediakan wadah pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya kokurikulum kelas Bahasa Melayu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu membuat penambahbaikan dengan mengarah pihak sekolah mengadakan bengkel tentang kepentingan Bahasa Melayu. Oleh itu, secara tidak langsung para pelajar sedikit sebanyak akan lebih cakna tentang penggunaan Bahasa Melayu. Dalam pada masa yang sama juga peningkatan kemahiran berbahasa akan melonjak naik secara berperingkat dalam kalangan pelajar.


             
              Selain daripada pihak sekolah dan guru, ibu bapa juga merupakan pihak yang penting dalam perkembangan penguasaan Bahasa Melayu pada pelajar. Ibu bapa merupakan antara penambahan peranan sekolah dan guru yang dapat membantu dalam proses penerapan dari segi aspek lisan. Tiada guna kalau pelajar itu sendiri menggunakan Bahasa Melayu semasa di kelas melayu sahaja. Interaksi antara orang tua dan dalam kalangan para pelajar di luar waktu sekolah dengan Bahasa yang baku boleh menambah minat pelajar untuk mendalami Bahasa Melayu. Golongan yang lebih tua boleh memberikan contoh yang terbaik dengan mengamalkan Bahasa Melayu seperti menonton rancangan berita Melayu. Selanjutnya, ibu bapa juga boleh mendidik anak-anak mereka untuk menggunakan Bahasa Melayu baku yang tepat. Dengan pertolongan dari ibu bapa mereka sendiri, ianya akan lebih mendorong mereka untuk  sering menggunakan Bahasa ibundanya itu.

           Justeru itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran berbahasa seseorang hingga ke peringkat Bahasa Melayu tinggi. Hal ini kerana, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu bergiat aktif dengan golongan masyarakat diluar sana. Oleh itu, mereka perlu menghebahkan ataupun mempromosikan buku-buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka yang ada kaitan dengan kemahiran berbahasa, supaya masyarakat akan lebih terdedah dengan perkara tersebut. Sesuailah dengan perpatah melayu “ melentur buluh biarlah dari rebungnya” dengan perlaksanaan perkara sebegini ianya dapat menarik minat anak-anak kecil diluar sana. Tuntasnya, setelah masyarakat membeli buku-buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka akan dapat meningatkan kemahiran berbahasa seseorang individu tersebut.










No comments:

Post a Comment