Thursday, 13 December 2018

Langkah-langkah membendung gejala rasuah.





        Pada zaman sekarang gejala rasuah semakin berleuasa dalam kalangan masyarakat mahupun pihak-pihak tertentu. Hal ini juga kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menjauhi gejala ini supaya negara aman dan makmur. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi membendung gejala ini.


         Antara langkah yang boleh diambil adalah melalui pihak kerajaan itu sendiri. Oleh yang demikian kerana, pihak kerajaan seharusnya menambah baik sistem perundangan di Malaysia supaya orang ramai takut untuk melakukan jenayah ini. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan harus mengenakan hukuman yang setimpal dengan salah laku ini.


        Selain itu, ibu bapa juga menjadi aspek penting dalam membendung gejala ini. Dengan didikan yang diberikan oleh ibu bapa, sekurang-kurangnya anak-anak tahu bahawa perbuatan ini salah disisi undang-undang negara. Tegaslah bahawa ibu bapa menjadi aspek penting bagi membanteras gejala rasuah supaya ianya tidak berleluasa.


        Akhir sekali. peranan guru juga perlu dititikberatkan kerana guru juga mempunyai kuasa untuk mendidik golongan remaja sejak dari bangku sekolah lagi. Hal ini kerana apabila sejak kecil lagi mereka tahu tentang gejala ini akan menerima hukuman yang keras sekiranya mereka lakukan. Ini juga sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada negara.


        Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghindari daripada perbuatan ini kerana ianya akan menjejaskan imej negara kita sendiri.

Kemudahan sukan di Malaysia.









         Dalam era yang moden ini, kebanyakan negara mempunyai kemudahan sukan yang jauh lebih canggih. Di Malaysia juga mempunyai fasiliti yang serba lengkap dan mampu bersaing dengan negara-negara maju di luar sana. Terdapat beberapa kemudahan sukan yang ada di kawasan Bukit Jalil. Bukit Jalil lazimnya digunapakai dalam beberapa acara terbesar kerana fasilitinya yang serba canggih membuatkan negara Malaysia layak untuk menganjurkan sesebuah kejohanan.


Image result for stadium nasional bukit jalil
Stadium Nasional Bukit Jalil.
          Stadium Nasional Bukit Jalil ini adalah satu platform untuk memajukan sukan di tanah air . Hal ini demikian kerana, Stadium ini sering digunapakai dalam acara Bola Sepak. Baru-baru ini malaysia telah layak ke perlawanan akhir dalam kejohanan AFF Suzuki Cup yang telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil . Selain itu juga, stadium ini juga diguna bagi kejohanan Olahraga peringkat antarabangsa.


                                     Image result for pusat akuatik bukit jalil

Pusat Akuatik Bukit Jalil.

          Di Malaysia juga mempunyai Pusat Akuatik yang boleh dikatakan serba lengkap. Oleh itu juga ianya sedikit sebanyak dapat membantu penerjun negara menjalani latihan dengan baik dan bersistematik. Pusat Akuatik ini juga sering digunakan bagi kejohanan terbuka Malaysia.



Image result for stadium hoki bukit jalil


          Stadium Hoki Bukit Jalil juga menjadi salah sebuah satdium yang banyak menganjurkan kejohanan dalam negara mahupun peringkat antarabangsa. Dengan struktur karpetnya yang terbaik membuatkan Skuad Hoki Negara dapat menjalani latihan dengan baik. Baru-baru ini juga Skuad Hoki Negara berjaya menempah slot ke Piala Dunia di India. Jelaslah bahawa, dengan adanya fasiliti terbaik sukan negara dapat ditingkatkan.













Sajak





Menatap wajahmu di awan biru
terbayang kisah di masa lalu
alangkah indah engkau disampingku
                Duhai kasih
apakah ada rindu dihatimu.


Kasih, belumcukupkan ini bagimu
irama cinta menjadi lagu
semua itu terpahat dalam jiwaku
lalu menyebut namamu dihatiku


               Duhai terkasih
lantunan wajahmu begitu indah
tanpa dirimu ku merasa gundah
membuatkan diriku terpaku merana
merasakan cinta hilang begitu saja


Pikiran ku sudah menjadi kelabu
ketika mana engkau hilang dariku
akan jadi apa pada hidupku


               Oh sayangku
tiada lagi kata-kata rindu dibibirku
saat tak ada dirimu disampingku
dunia tak lagi semanis madu.

Kepentingan menjaga kesihatan.





          Dalam kehidupan seharian, kita tempuhi pelbagai ujian yang datang, jadi sambil itu penjagaan kesihatan juga amat penting kepada kita. Hal ini demikian kerana, kita perlu menjaga kesihatan supaya kita dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik. Disini terdapat beberapa kepentingan menjaga kesihatan.


           Antara kepentingan menjaga kesihatan adalah supaya kita tidak dijankiti penyakit yang merbahaya. Oleh yang demikian kerana, kesihatan yang baik mampu membuat minda lebih terbuka dalam melakukan perkara yang positif. Dalam pada masa yang sama, kita akan sentiasa berasa ceria dan mampu melakukan kerja harian tanpa sebarang masalah.


            Selain itu, dalam menjaga kesihatan ini kita sedikit sebanyak telah menjimatkan wang, apabila kita ingin berjumpa dengan doktor kita seharusnya mengeluarkan kos yang agak tinggi. Seterusnya kerajaan juga dapat menjimatkan kos dalam sektor perubatan dan boleh menggunakan wang tersebut bagi pembangunan negara.


            Akhir sekali, sekiranya tubuh badan kita sihat, kita dapat mencapai matlamat kita dengan berkesan. Justeru itu, kita seharusnya menjaga kesihatan supaya sesebuah negara mempunyai mempunyai rakyat yang sihat akan lebih maju, aman, dan harmoni.

         

            

Kepentingan pelancong luar datang ke Malaysia.




          Malaysia adalah sebuah negara yang membangun dan terkenal diseluruh pelusuk dunia kerana dengan keindahan semula jadi yang lazimnya menjadi terikan pelancong luar untuk datang ke Malaysia. Hal ini kerana, Malaysia juga mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Selain itu juga, adat resam yang diamalkan oleh penduduknya juga sedikit sebanyak menjadi perhatian para pelancong.


           Terdapat beberapa kepentingan yang boleh didapati sekiranya pelancong luar bertandang ke Negara kita iaitu Malaysia adalah dapat mempertingkatkan lagi ekonomi Negara. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat malaysia seharusnya menjaga keamanan negara dan menjaga kebersihan supaya dapat menarik minat pelancong.


           Selain itu juga, kita dapat memperkenalkan budaya masyarakat di Malaysia. Ini sedikit sebanyak adalah kepentingan sekiranya mereka ini datang ke Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah nama Malaysia di angkat dan di martabatkan di seluruh dunia dengan kayanya adat resam, budaya yang baik.


           Akhir sekali, secara tidak langsung pelancong juga akan menjadi agen perpaduan antarabangsa. Dimana hal ini boleh dikatakan hubungan diplomatik antara negara-negara kuasa besar yang lain akan terjalin dengan erat sekali.

Pantun






  • Keluar berjalan bersama kain sarung,
          kain sarung diikat bawah pohon jati,

          berbuat baik akan disanjung,

          itulah bekalan akhirat kita nanti.


  • Wajahmu terlihat pucat,
          mungkin perut belum kenyang,

          jangan segan silu untuk mendekat,

          kerana tak kenal maka tak sayang.


  • Ikan laga berwarna biru,
          pergi ke sekolah pukul satu,

          murid sentiasa hormati guru,

          kerana guru jambatan ilmu.



  • Keluar berjalan tersepak batu,
          lalu dijamu sama si Anya

          cintaku hanyalah satu,

          untuk kamu selamanya.







Peranan Ibu bapa dalam mendidik anak-anak.




          Pada era yang moden ini, dunia juga berubah mengikut peredaran zaman dan masa. Kini zaman kanak-kanak tidaklah seperti dahulu yang lebihkan kepada suasana kampung. Hal ini demikian kerana ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka bagi memastikan anak-anak mereka dalam kawalan yang baik. Zaman ini juga kanak-kanak sering didedahkan dengan media sosial. Golongan remaja ini juga harus dibendung kerana mereka inilah yang bakal menjadi pemimpin negara pada suatu hari nanti.


          Antara peranan ibu bapa adalah meluangkan masa yang lebih kepada anak-anak supaya mereka ini tidak merasakan diri mereka disisihkan. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga abaikan anak-anak. Hal ini boleh dikatakan, ibu bapa seharusnya memberi pendidikan yang sewajarnya kepada mereka dengan menghantar mereka ke kelas tambahan. Ini sedikit sebanyak dapat memberi pendidikan yang terbaik kepada mereka.


          Selain itu, peranan ibu bapa adalah dengan mengawasi pergerakan mereka. Dengan perlakuan sebegini mereka tidak berani untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai tamsilan, ibu bapa seharusnya bertanya kemana mereka hendak pergi. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu menghadkan penggunaan telefon pintar terhadap anak-anak supaya mereka tidak salah guna telefon pintar.


          Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah memberi didikan agama yang secukupnya kepada mereka kerana didikan agama ini dapat membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini sememangnya perlu dititik beratkan sekiranya tidak diambil serius anak-anak mungkin akan teperdaya dengan dunia sosial.
         


       

Wednesday, 12 December 2018

Persahabatan.

 



  • Dalam keadaan sesulit apapun
          tuhan tak pernah tingalkan kita
         
          dalam diam kita dikirim dengan 
 
          sesorang yang akan menguatkan 

          diri kita.

  • Bukan tentang siapa yang datang terlebih dahulu
          tetapi tentang mereka yang datang dan memilih

          untuk tak pernah berlalu.

  • Kawan baru mungkin seru
         namun kawan lama jauh lebih mengertimu


  • Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi.
          Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada bercinta.
   
         Tanpa persahabatan percintaan akan berakhir, tetapi

         tanpa percintaan ,persahabatan bole kekal.

         Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin.




Perpaduan Antara Kaum.




          Perpaduan kaum amat penting dalam sesebuah negara dimana ianya sedikit sebanyak memberi impak kepada sesebuah negara tersebut. selain itu perpaduan kaum juga dapat menentu hala tuju sesebuah negara juga. Terdapat beberapa kepentingan antara kaum dalam sesebuah negara.


          Antara kepentigan perpaduan kaum dalam negara adalah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. hal ini demikian kerana, masyarakat dalam negara mengamalkan perpaduan yang akrab akan memberi impak positif kepada negara tersebut. Justeru itu, aspirasi akan dapat dicapai dengan baik.


          Selain itu, kekuatan perpaduan kaum akan dapat meningkatkan ekonomi negara itu sendiri. hal ini boleh dikatakan dalam dunia sekarang penuh dengan perniagaan tidak kira melayu, cina dan india. Ini juga boleh menyebabkan mereka ini akan bersaing dalam dunia perniagaan dengan adil dan saksama.


          Seterusnya, perpaduan dapat mengekalkan kestabilan politik negara.Oleh itu, negara sering dikunjungi oleh pemimpin luar dimana negara kita adalah sebuah negara yang membangun. Justeru itu, tidak hairanlah negara kita mempunyai hubungan diplomatik yang kuat diseluruh dunia.


          Akhir sekali, perpaduan kaum juga dapat mengekalkan keselamatan negara. hal ini kerana kita tidak mahu peristiwa 13 Mei itu berlaku lagi pada zaman sekarang. Tegaslah bahawa perpaduan antara kaum ini amat penting dalam negara dan kita harus menjaga supaya keamanan negara aman dan damai.
         

   
       

Ibu.



Darah dan airmataku mungkin tidak setanding 
dengan darah dan air matamu ibu
terima kasih telah menjagaku selama ini
hanya tuhan saja yang dapat membalas semua kebaikanmu.


Kau selalu hadir dalam tawaku, 
tal meninggalkanku dalam derasnya air mataku.
Terima Kasih kerana selalu bersama dan mendukungku.
apapun yang kau lakukan,
Terima Kasih kerana tak berhenti mempercayaiku, meskipun 
aku telah sering membuatmu kecewa.

Ibu, kaulah matahariku di setiap hari-hariku
angin di langitku
ombak dilautan ku
cintamu itu mengalir dalam diriku 
dari dulu, kini, dan selamanya.


Oh ibu,
dikala aku dalam kesusahan
engkau datang dengan membawa kekuatan dan ketenangan
hatimu sesuci kain putih
lalu ku jadikan ibu sebagai cinta hati ku.

Kuasa Media Sosial



          Pada era yang moden ini, kuasa media sosial sering mendapat perhatian dari pelbagai pihak mahupun kerajaan atau swasta. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa aspek penting dalam media sosial ini yang membuatkan orang ramai menggunakannya. Antara aplikasi yang sering digunakan oleh orang ramai adalah instagram, whatsapp, facebook, dan pelbagai lagi.


          Terdapat beberapa kebaikan menggunkan media sosial ini, antaranya adalah alat membantu pendidikan. hal ini boleh menyebabkan golongan kanak-kanak dapat mengumpul segala maklumat dengan mudah. para pelajar hanya perlu mengakses sahaja untuk mendapat info yang terbaik berkaitan dengan pembelajaran.


          Selain daripada itu, kuasa media sosial ini juga sering digunakan oleh para usahawan bagi mempromosikan barangan mereka supaya dapat menembusi pasaran global. hal ini jelaslah bahawa, kuasa media sosial ini dapat melakukan perniagaan secara langsung atau tidak langsung. justeru itu, ianya sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada masyarakat yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.


          Seterusnya adalah, dengan adanya media sosial ini juga masyarakat dapat mengetahui info semasa berkaitan negara mahupun luar negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kuasa viral ini sedikit sebanyak memberi kesan baik kepada orang ramai dimana apabila berlakunya pencurian, dengan kuasa viral kita lebih mudah ataupun cepat mengenal pasti individu tersebut.


          Selanjutnya, dikala kebaikan media sosial akan ada juga keburukan. antara keburukan yang boleh dikatakan disini adalah ianya dapat melalaikan seseorang. Perkara ini sudah terbukti dalam diri saya sendiri dimana sya sering lalai dalam menyiapkan tugasan seharian saya akibat media sosial.


          Akhir sekali adalah, kuasa media sosial ini juga dapat menimbulkan fitnah yang berleluasa. hal ini memberi kesan buruk kepada generasi yang akan datang. justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa besar sama-samalah kita menjaga antara satu sama lain bagi memastikan negara kita aman dan makmur lagi diberkati.






       

Langkah-langkah meningkatkan kemahiran berbahasa seseorang.




         Antara langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berbahasa seseorang hingga ke peringkat Bahasa Melayu Tinggi adalah pihak kerajaan perlu memperkukuhkan lagi sistem pembelajaran di sekolah-sekolah diseluruh Malaysia. Hal ini kerana, sistem pembelajaran di sekolah adalah faktor yang amat penting dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah. Lantas, sekolah memiliki salah satu peranan penting dalam menyediakan wadah pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya kokurikulum kelas Bahasa Melayu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu membuat penambahbaikan dengan mengarah pihak sekolah mengadakan bengkel tentang kepentingan Bahasa Melayu. Oleh itu, secara tidak langsung para pelajar sedikit sebanyak akan lebih cakna tentang penggunaan Bahasa Melayu. Dalam pada masa yang sama juga peningkatan kemahiran berbahasa akan melonjak naik secara berperingkat dalam kalangan pelajar.


             
              Selain daripada pihak sekolah dan guru, ibu bapa juga merupakan pihak yang penting dalam perkembangan penguasaan Bahasa Melayu pada pelajar. Ibu bapa merupakan antara penambahan peranan sekolah dan guru yang dapat membantu dalam proses penerapan dari segi aspek lisan. Tiada guna kalau pelajar itu sendiri menggunakan Bahasa Melayu semasa di kelas melayu sahaja. Interaksi antara orang tua dan dalam kalangan para pelajar di luar waktu sekolah dengan Bahasa yang baku boleh menambah minat pelajar untuk mendalami Bahasa Melayu. Golongan yang lebih tua boleh memberikan contoh yang terbaik dengan mengamalkan Bahasa Melayu seperti menonton rancangan berita Melayu. Selanjutnya, ibu bapa juga boleh mendidik anak-anak mereka untuk menggunakan Bahasa Melayu baku yang tepat. Dengan pertolongan dari ibu bapa mereka sendiri, ianya akan lebih mendorong mereka untuk  sering menggunakan Bahasa ibundanya itu.

           Justeru itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran berbahasa seseorang hingga ke peringkat Bahasa Melayu tinggi. Hal ini kerana, Dewan Bahasa dan Pustaka perlu bergiat aktif dengan golongan masyarakat diluar sana. Oleh itu, mereka perlu menghebahkan ataupun mempromosikan buku-buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka yang ada kaitan dengan kemahiran berbahasa, supaya masyarakat akan lebih terdedah dengan perkara tersebut. Sesuailah dengan perpatah melayu “ melentur buluh biarlah dari rebungnya” dengan perlaksanaan perkara sebegini ianya dapat menarik minat anak-anak kecil diluar sana. Tuntasnya, setelah masyarakat membeli buku-buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka akan dapat meningatkan kemahiran berbahasa seseorang individu tersebut.