Thursday, 13 December 2018

Langkah-langkah membendung gejala rasuah.





        Pada zaman sekarang gejala rasuah semakin berleuasa dalam kalangan masyarakat mahupun pihak-pihak tertentu. Hal ini juga kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menjauhi gejala ini supaya negara aman dan makmur. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi membendung gejala ini.


         Antara langkah yang boleh diambil adalah melalui pihak kerajaan itu sendiri. Oleh yang demikian kerana, pihak kerajaan seharusnya menambah baik sistem perundangan di Malaysia supaya orang ramai takut untuk melakukan jenayah ini. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan harus mengenakan hukuman yang setimpal dengan salah laku ini.


        Selain itu, ibu bapa juga menjadi aspek penting dalam membendung gejala ini. Dengan didikan yang diberikan oleh ibu bapa, sekurang-kurangnya anak-anak tahu bahawa perbuatan ini salah disisi undang-undang negara. Tegaslah bahawa ibu bapa menjadi aspek penting bagi membanteras gejala rasuah supaya ianya tidak berleluasa.


        Akhir sekali. peranan guru juga perlu dititikberatkan kerana guru juga mempunyai kuasa untuk mendidik golongan remaja sejak dari bangku sekolah lagi. Hal ini kerana apabila sejak kecil lagi mereka tahu tentang gejala ini akan menerima hukuman yang keras sekiranya mereka lakukan. Ini juga sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada negara.


        Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghindari daripada perbuatan ini kerana ianya akan menjejaskan imej negara kita sendiri.

Kemudahan sukan di Malaysia.









         Dalam era yang moden ini, kebanyakan negara mempunyai kemudahan sukan yang jauh lebih canggih. Di Malaysia juga mempunyai fasiliti yang serba lengkap dan mampu bersaing dengan negara-negara maju di luar sana. Terdapat beberapa kemudahan sukan yang ada di kawasan Bukit Jalil. Bukit Jalil lazimnya digunapakai dalam beberapa acara terbesar kerana fasilitinya yang serba canggih membuatkan negara Malaysia layak untuk menganjurkan sesebuah kejohanan.


Image result for stadium nasional bukit jalil
Stadium Nasional Bukit Jalil.
          Stadium Nasional Bukit Jalil ini adalah satu platform untuk memajukan sukan di tanah air . Hal ini demikian kerana, Stadium ini sering digunapakai dalam acara Bola Sepak. Baru-baru ini malaysia telah layak ke perlawanan akhir dalam kejohanan AFF Suzuki Cup yang telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil . Selain itu juga, stadium ini juga diguna bagi kejohanan Olahraga peringkat antarabangsa.


                                     Image result for pusat akuatik bukit jalil

Pusat Akuatik Bukit Jalil.

          Di Malaysia juga mempunyai Pusat Akuatik yang boleh dikatakan serba lengkap. Oleh itu juga ianya sedikit sebanyak dapat membantu penerjun negara menjalani latihan dengan baik dan bersistematik. Pusat Akuatik ini juga sering digunakan bagi kejohanan terbuka Malaysia.



Image result for stadium hoki bukit jalil


          Stadium Hoki Bukit Jalil juga menjadi salah sebuah satdium yang banyak menganjurkan kejohanan dalam negara mahupun peringkat antarabangsa. Dengan struktur karpetnya yang terbaik membuatkan Skuad Hoki Negara dapat menjalani latihan dengan baik. Baru-baru ini juga Skuad Hoki Negara berjaya menempah slot ke Piala Dunia di India. Jelaslah bahawa, dengan adanya fasiliti terbaik sukan negara dapat ditingkatkan.













Sajak





Menatap wajahmu di awan biru
terbayang kisah di masa lalu
alangkah indah engkau disampingku
                Duhai kasih
apakah ada rindu dihatimu.


Kasih, belumcukupkan ini bagimu
irama cinta menjadi lagu
semua itu terpahat dalam jiwaku
lalu menyebut namamu dihatiku


               Duhai terkasih
lantunan wajahmu begitu indah
tanpa dirimu ku merasa gundah
membuatkan diriku terpaku merana
merasakan cinta hilang begitu saja


Pikiran ku sudah menjadi kelabu
ketika mana engkau hilang dariku
akan jadi apa pada hidupku


               Oh sayangku
tiada lagi kata-kata rindu dibibirku
saat tak ada dirimu disampingku
dunia tak lagi semanis madu.

Kepentingan menjaga kesihatan.





          Dalam kehidupan seharian, kita tempuhi pelbagai ujian yang datang, jadi sambil itu penjagaan kesihatan juga amat penting kepada kita. Hal ini demikian kerana, kita perlu menjaga kesihatan supaya kita dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik. Disini terdapat beberapa kepentingan menjaga kesihatan.


           Antara kepentingan menjaga kesihatan adalah supaya kita tidak dijankiti penyakit yang merbahaya. Oleh yang demikian kerana, kesihatan yang baik mampu membuat minda lebih terbuka dalam melakukan perkara yang positif. Dalam pada masa yang sama, kita akan sentiasa berasa ceria dan mampu melakukan kerja harian tanpa sebarang masalah.


            Selain itu, dalam menjaga kesihatan ini kita sedikit sebanyak telah menjimatkan wang, apabila kita ingin berjumpa dengan doktor kita seharusnya mengeluarkan kos yang agak tinggi. Seterusnya kerajaan juga dapat menjimatkan kos dalam sektor perubatan dan boleh menggunakan wang tersebut bagi pembangunan negara.


            Akhir sekali, sekiranya tubuh badan kita sihat, kita dapat mencapai matlamat kita dengan berkesan. Justeru itu, kita seharusnya menjaga kesihatan supaya sesebuah negara mempunyai mempunyai rakyat yang sihat akan lebih maju, aman, dan harmoni.

         

            

Kepentingan pelancong luar datang ke Malaysia.




          Malaysia adalah sebuah negara yang membangun dan terkenal diseluruh pelusuk dunia kerana dengan keindahan semula jadi yang lazimnya menjadi terikan pelancong luar untuk datang ke Malaysia. Hal ini kerana, Malaysia juga mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Selain itu juga, adat resam yang diamalkan oleh penduduknya juga sedikit sebanyak menjadi perhatian para pelancong.


           Terdapat beberapa kepentingan yang boleh didapati sekiranya pelancong luar bertandang ke Negara kita iaitu Malaysia adalah dapat mempertingkatkan lagi ekonomi Negara. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat malaysia seharusnya menjaga keamanan negara dan menjaga kebersihan supaya dapat menarik minat pelancong.


           Selain itu juga, kita dapat memperkenalkan budaya masyarakat di Malaysia. Ini sedikit sebanyak adalah kepentingan sekiranya mereka ini datang ke Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah nama Malaysia di angkat dan di martabatkan di seluruh dunia dengan kayanya adat resam, budaya yang baik.


           Akhir sekali, secara tidak langsung pelancong juga akan menjadi agen perpaduan antarabangsa. Dimana hal ini boleh dikatakan hubungan diplomatik antara negara-negara kuasa besar yang lain akan terjalin dengan erat sekali.

Pantun






  • Keluar berjalan bersama kain sarung,
          kain sarung diikat bawah pohon jati,

          berbuat baik akan disanjung,

          itulah bekalan akhirat kita nanti.


  • Wajahmu terlihat pucat,
          mungkin perut belum kenyang,

          jangan segan silu untuk mendekat,

          kerana tak kenal maka tak sayang.


  • Ikan laga berwarna biru,
          pergi ke sekolah pukul satu,

          murid sentiasa hormati guru,

          kerana guru jambatan ilmu.



  • Keluar berjalan tersepak batu,
          lalu dijamu sama si Anya

          cintaku hanyalah satu,

          untuk kamu selamanya.







Peranan Ibu bapa dalam mendidik anak-anak.




          Pada era yang moden ini, dunia juga berubah mengikut peredaran zaman dan masa. Kini zaman kanak-kanak tidaklah seperti dahulu yang lebihkan kepada suasana kampung. Hal ini demikian kerana ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka bagi memastikan anak-anak mereka dalam kawalan yang baik. Zaman ini juga kanak-kanak sering didedahkan dengan media sosial. Golongan remaja ini juga harus dibendung kerana mereka inilah yang bakal menjadi pemimpin negara pada suatu hari nanti.


          Antara peranan ibu bapa adalah meluangkan masa yang lebih kepada anak-anak supaya mereka ini tidak merasakan diri mereka disisihkan. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga abaikan anak-anak. Hal ini boleh dikatakan, ibu bapa seharusnya memberi pendidikan yang sewajarnya kepada mereka dengan menghantar mereka ke kelas tambahan. Ini sedikit sebanyak dapat memberi pendidikan yang terbaik kepada mereka.


          Selain itu, peranan ibu bapa adalah dengan mengawasi pergerakan mereka. Dengan perlakuan sebegini mereka tidak berani untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai tamsilan, ibu bapa seharusnya bertanya kemana mereka hendak pergi. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu menghadkan penggunaan telefon pintar terhadap anak-anak supaya mereka tidak salah guna telefon pintar.


          Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah memberi didikan agama yang secukupnya kepada mereka kerana didikan agama ini dapat membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini sememangnya perlu dititik beratkan sekiranya tidak diambil serius anak-anak mungkin akan teperdaya dengan dunia sosial.