Kuih Akok
Sejenih kuih yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan dan popular di mana-mana negeri lain terutamanya ketika bulan puasa. ( Kuih akok yang kecil dan berkedut) kebiasaannya boleh didapati dalam 2 warna iaitu perang dan hijau. Warn ini dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan.
Akok bungan di Terengganu lebih dikenali dengan mengganang , ianya juga mengemuka resepi yang lebih kurang sama dengan akok kheddut tetapi bentuknya lebih besar seakan- akan sebiji kek
Sang Guppal.
Kuih biji sagu yang berkuahkan santan lemak. Di dalam gumpalan sagu kebiasaanya terdapat isi kacang merah.
Memang agak susah nak cari kuih ini di Kuala Lumpur walaupun ianya mempunyai ramai peminat dan rasanya yang sedap.
Kuih ini juga terkenal di negeri Terengganu dan tiada perbezaan ketara antara kedua-dua negeri mengenai resepi sang guppal.
Kuih Topi
Kuih yang agak unik dan diberi nama kuih topi kerana bentuknya seakan-akan topi apabila digoreng. Ianya rasa lemak berkelapa dan sedap kalau dimakan sebaik saja lepas goreng.
Kebiasaannya kalau di pasar-pasar, anda dapat melihat penjual kuih ini mempunyai beberapa biji kuali di atas meja gerainya bagi memudahkan mereka untuk menggoreng kuih topi sekiranya ada yang nak membeli.