|
SARAPAN PAGI |
Perlis sememangnya popular dengan buah mangga atau ‘mempelam’ lagi-lagi Mempelam Harum Manis yang menjadi kegilaan peminat buah mangga bila tiba musimnya.
Di Perlis juga amat mudah untuk kita dapatkan beras pulut berkualiti dari Thailand. Jadi tak hairanlah bila orang Perlis makan pulut dengan mempelam. Memang kombinasi rasa yang menarik bila rasa lemak pulut santan bercampur dengan rasa manis buah mempelam.
|
MAKAN TENGAHARI |
Selain daripada pulut mangga, Nasi Ganja menjadi salah satu tarikan di perlis. Nasi ini digelar Nasi Ganja diatas kapasitinya untuk membuatkan orang ramai "ketagih" untuk medapatkannya lagi. Walaupun kebanyakan gerainya agak "simple" tapi jangan hairanlah dengan tarikkan nya yang agak luar biasa. Dalam pada masa yang sama juga, terdapat beberapa gerai sahaja yang menjadi tarikan ramai pelancong . Salah satu daripadanya adalah gerai Nasi Ganja Repoh.
|
MAKAN TENGAHARI |
Memang tak lengkap lah kalau datang ke Perlis tapi tak singgah di Restoran Anjung Keli, lokasi makan tengahari paling famous di Perlis.
Apa yang menarik mengenai kedai ini adalah menu ikan keli yang disajikan. Memang menarik! kepada anda yang tidak memakan ikan keli, anda tidak perlu risau sebabnya hidangan lauk-pauk yang tersedia banyak disini semuanya enak.
Kalau anda peminat masakan kampung, ikan sungai, ulam-ulaman, anda pasti jatuh cinta dengan restoran ini. Gambar-gambar selebriti dan orang kenamaan menjadi hiasan dinding restoran ini. Wajib cuba!!!!!